Sunday, 10 May 2015

Cinta High Class

(Ku Simpan Cnta Ini Hanya Untukmu)

Dia       : kenapa tak nak ‘couple’ ?
Aku     : saya tak nak berkongsi cinta dengan orang lain
Dia       : maksud awak ?
Aku     : saya nak simpan cinta ini hanya untuk kekasih halal saya.
Dia       : bakal suami ? (kehairanan)
Aku     : ha’a...(senyum)
Dia       : alaa tapi kan masa ‘couple’ ni kita main-main je. Nak nikah nanti baru lah serius.
Aku     : oh jadi awak ‘couple’ sekarang ni cuma main-main je la ea ?
Dia       : erm...iye la (teragak-agak)
Aku     : kalau macam tu kesian la kat lelaki tu nanti.
Dia       : ah, buat apa nak kesian kat mereka. Awak tahu tak semua lelaki ni main-main je, tak pernah nak serius dalam hubungan, tak setia. Kita yang patut dikesiankan tau. (mencebik muka)
Aku     : err...kalau macam tu apa tujuan awak ‘couple’ sebenarnya ? =,=(kehairanan)
Dia       : erk...

                **ketuk kepala**

Aku     : (senyum) awak tahu tak, sebenarnya semua bermula daripada diri kita sendiri tau.
Dia       : maksud awak apa ?
Aku     : macam ni, biar saya bagi contoh. Bayangkan suatu hari nanti awak akan berkahwin dan akan ada suami. Andai kata suami awak suka dan selalu mesej atau ‘contact’ perempuan lain. Awak rasa awak boleh terima tak dia buat macam tu ?
Dia       : mesti lah tak boleh ! dia ‘contact’ perempuan lain, saya bagi ni (tunjuk buku lima)

              **adehh..!!**

Aku     : (gelak kecil) haa...mesti awak tak bagi kan. Jadi, sebelum terjadinya perkara yang macam tu, kita mesti lah membentuk peribadi kita terlebih dahulu.
Dia       : erm...macam mana tu ?
Aku     : (senyum) dalam Al Quran, Allah SWT ada berfirman, “perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik. Surah An Nur ayat. Mesti dah biasa dengar kan ?
Dia       : erm...(angguk perlahan)
Aku     : nak pasangan yang baik, baikkan la diri kita dahulu. Nak yang setia, setiakan la diri kita terlebih dahulu. Nak yang soleh, solehkan diri kita dahulu. Dan yang penting sekali, nak yang tak suka main-main, kita pun jangan la main-main juga kan. Betul tak ?
Dia       : ohh...saya faham dah. Jadi sebab tu la awak tak ‘couple’ dan tak nak ‘couple’ kan ? awak nak yang baik sebab tu awak cuba untuk baikkan diri awak kan. Betul tak ?
Aku     : iye pandai pun (senyum) saya sedang berusaha untuk solehahkan diri saya dengan harapan dia pun sedang solehkan diri dia. Saya belajar setia dengan harapan dia pun sedang melakukan hal yang sama untuk saya. Mudah-mudahan.
Dia       : tapi kalau misalnya kita dah jadi baik tapi tiba-tiba dapat yang tak baik juga macam mana ? dapat yang mat rempit ke, jenis kaki perempuan ke, tak pun penagih dadah..err (geleng kepala)

              **erkk...**

Aku     : haa...dalam kita berusaha secara luaran untuk jadi baik, dalaman pun kita mesti jadi baik juga.
Dia       : maksud awak kena jaga hati ?
Aku     : ha’a... (menangguk) dalam setiap yang kita usahakan, jangan lupa untuk sentiasa bersangka baik dengan Allah. Setiap apa yang Allah bagi, kita kena fikirkan hikmah atau kebaikan yang terselit. Jangan mudah salah sangka, berfikir yang Allah akan bagi kita pasangan yang tak baik contohnya. Ada satu hadith qudsi yang mana lebih kurang macam ni, “Aku mengikut sangkaan hambaKu terhadapKu”. Jadi kita kena la sentiasa ‘husnudzon’ yakni bersangka baik dengan Allah.
Dia       : oh macam tu ye...(mengangguk perlahan)
Aku     : (senyum)

              **gudgirl..!!**

Dia       : haa...satu lagi. Kalau orang yang baik macam tu dah tak ada kat dunia ni macam mana ? maklum lah sekarang ni kan dunia akhir zaman. Bukan senang tau nak jumpa yang macam tu.
Aku     : sesungguhnya Allah menciptakan manusia itu berpasang-pasangan. Saya yakin dengan Allah.
Dia       : erm...insya Allah...
Aku     : cinta saya esklusif untuk suami saya sahaja. Sayang saya hanya untuk dia. Selamanya tak akan saya kongsi perasaan ini dengan orang lain. (senyum)
Dia       : saya pun nak juga la macam awak !
Aku   : (gelak kecil) jom !
Dia       : jom ! (senyum teruja)

                                   " Good things come to those who want it "

# so, nak Miss Solehah, jadi la Mr Soleh dulu..awak pun sama Miss Solehah, nak Mr Soleh, jd Solehah duluan yaa... ^-^

<3  wish to meet you soon Mr Unknown :)

No comments:

Post a Comment