Sunday, 10 May 2015

Cinta High Class

(Ku Simpan Cnta Ini Hanya Untukmu)

Dia       : kenapa tak nak ‘couple’ ?
Aku     : saya tak nak berkongsi cinta dengan orang lain
Dia       : maksud awak ?
Aku     : saya nak simpan cinta ini hanya untuk kekasih halal saya.
Dia       : bakal suami ? (kehairanan)
Aku     : ha’a...(senyum)
Dia       : alaa tapi kan masa ‘couple’ ni kita main-main je. Nak nikah nanti baru lah serius.
Aku     : oh jadi awak ‘couple’ sekarang ni cuma main-main je la ea ?
Dia       : erm...iye la (teragak-agak)
Aku     : kalau macam tu kesian la kat lelaki tu nanti.
Dia       : ah, buat apa nak kesian kat mereka. Awak tahu tak semua lelaki ni main-main je, tak pernah nak serius dalam hubungan, tak setia. Kita yang patut dikesiankan tau. (mencebik muka)
Aku     : err...kalau macam tu apa tujuan awak ‘couple’ sebenarnya ? =,=(kehairanan)
Dia       : erk...

                **ketuk kepala**

Aku     : (senyum) awak tahu tak, sebenarnya semua bermula daripada diri kita sendiri tau.
Dia       : maksud awak apa ?
Aku     : macam ni, biar saya bagi contoh. Bayangkan suatu hari nanti awak akan berkahwin dan akan ada suami. Andai kata suami awak suka dan selalu mesej atau ‘contact’ perempuan lain. Awak rasa awak boleh terima tak dia buat macam tu ?
Dia       : mesti lah tak boleh ! dia ‘contact’ perempuan lain, saya bagi ni (tunjuk buku lima)

              **adehh..!!**

Aku     : (gelak kecil) haa...mesti awak tak bagi kan. Jadi, sebelum terjadinya perkara yang macam tu, kita mesti lah membentuk peribadi kita terlebih dahulu.
Dia       : erm...macam mana tu ?
Aku     : (senyum) dalam Al Quran, Allah SWT ada berfirman, “perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik. Surah An Nur ayat. Mesti dah biasa dengar kan ?
Dia       : erm...(angguk perlahan)
Aku     : nak pasangan yang baik, baikkan la diri kita dahulu. Nak yang setia, setiakan la diri kita terlebih dahulu. Nak yang soleh, solehkan diri kita dahulu. Dan yang penting sekali, nak yang tak suka main-main, kita pun jangan la main-main juga kan. Betul tak ?
Dia       : ohh...saya faham dah. Jadi sebab tu la awak tak ‘couple’ dan tak nak ‘couple’ kan ? awak nak yang baik sebab tu awak cuba untuk baikkan diri awak kan. Betul tak ?
Aku     : iye pandai pun (senyum) saya sedang berusaha untuk solehahkan diri saya dengan harapan dia pun sedang solehkan diri dia. Saya belajar setia dengan harapan dia pun sedang melakukan hal yang sama untuk saya. Mudah-mudahan.
Dia       : tapi kalau misalnya kita dah jadi baik tapi tiba-tiba dapat yang tak baik juga macam mana ? dapat yang mat rempit ke, jenis kaki perempuan ke, tak pun penagih dadah..err (geleng kepala)

              **erkk...**

Aku     : haa...dalam kita berusaha secara luaran untuk jadi baik, dalaman pun kita mesti jadi baik juga.
Dia       : maksud awak kena jaga hati ?
Aku     : ha’a... (menangguk) dalam setiap yang kita usahakan, jangan lupa untuk sentiasa bersangka baik dengan Allah. Setiap apa yang Allah bagi, kita kena fikirkan hikmah atau kebaikan yang terselit. Jangan mudah salah sangka, berfikir yang Allah akan bagi kita pasangan yang tak baik contohnya. Ada satu hadith qudsi yang mana lebih kurang macam ni, “Aku mengikut sangkaan hambaKu terhadapKu”. Jadi kita kena la sentiasa ‘husnudzon’ yakni bersangka baik dengan Allah.
Dia       : oh macam tu ye...(mengangguk perlahan)
Aku     : (senyum)

              **gudgirl..!!**

Dia       : haa...satu lagi. Kalau orang yang baik macam tu dah tak ada kat dunia ni macam mana ? maklum lah sekarang ni kan dunia akhir zaman. Bukan senang tau nak jumpa yang macam tu.
Aku     : sesungguhnya Allah menciptakan manusia itu berpasang-pasangan. Saya yakin dengan Allah.
Dia       : erm...insya Allah...
Aku     : cinta saya esklusif untuk suami saya sahaja. Sayang saya hanya untuk dia. Selamanya tak akan saya kongsi perasaan ini dengan orang lain. (senyum)
Dia       : saya pun nak juga la macam awak !
Aku   : (gelak kecil) jom !
Dia       : jom ! (senyum teruja)

                                   " Good things come to those who want it "

# so, nak Miss Solehah, jadi la Mr Soleh dulu..awak pun sama Miss Solehah, nak Mr Soleh, jd Solehah duluan yaa... ^-^

<3  wish to meet you soon Mr Unknown :)

Friday, 24 October 2014

Tudung Oh Tudung

Awal 90-an, bilangan orang bertudung semakin ramai. Di mana-mana sahaja wanita yang bertudung akan kelihatan. Sama ada di kilang, di sekolah, di stesen bas, di pejabat, di universiti dan di politeknik, beberapa pengacara televisyen dan radio pun sudah memakai tudung.Alhamdulillah, tetapi…..

Tetapi yang menyedihkan, kalau dahulu wanita bertudung tidak akan ditemui di taman-taman bunga, di tempat-tempat hiburan,berpegangan tangan dengan teman lelaki, di panggung wayang. Tetapi kini dengan mudah kita boleh jumpa wanita bertudung berpeleseran dengan teman lelaki di tempat-tempat sedemikian.

Kalau dahulu juga, wanita bertudung bersih mukanya daripada calaran alat-alat make up. Tetapi kini, wanita bertudung mukanya seperti buku warna. Pelbagai warna dan jenis make up yang dilakarkan pada muka tersebut. Dengan corak dan seni yang menakjubkan, terkadang membuatkan saya kagum dengan kepantasan dan kekreatifan masyarakat kita.

Tudung pula tidak ketinggalan dihanyut arus modenisasi yang mana ianya semakin berwarna warni dan mengikut fesyen terkini. Ada yang pendek, ada yang panjang, ada yang bersimpul, ada yang berenda dan ada juga yang berlilit bagai sehingga tak mampu diungkap dengan kata-kata. Sungguh hati ini tidak menafikan kehebatan mereka dalam berfesyen walaupun terkadang hal itu sukar tercapai di akal.

Namun siapa sangka di sebalik lilitan dan belitan tudung yang mengagumkan itu, ada sesetengah fesyen tudung yang tidak mampu menutup aurat wanita dengan sempurna mengikut syariat. Ada yang nak terlondeh, ada yang labuh di depan tapi singkat di belakang, ada yang jarang sehingga menampakkan bentuk telinga dan seumpamanya dan tak kurang juga yang dibiarkan terbuka sehingga mudahnya tercabut dek angin lembut yang membelai. Antara hendak tutup dengan hendak buka. Err..

 Akhlak dan tutur katanya kasar, malah kadang kala lebih buruk daripada mereka yang tidak memakai tudung atau buka aurat. Sesetengahnya bertudung tetapi tidak sembahyang. Imej wanita bertudung telah tercemar dengan wanita yang menjadikan tudung  sebagai fesyen atau terpaksa pakai kerana mengikut peraturan. Dulu, wanita yang bertudung akan dilabel sebagai perempuan yang baik-baik, tetapi sekarang tak lagi.

Kalau dahulu apabila wanita itu bertudung, automatik dia akan malu untuk ke panggung wayang, malu untuk berasmara, malu untuk ke tempat hiburan dan sebagainya. Tetapi kini tudung sudah tidak mempunyai peranan untuk mencegah manusia dari terjerumus ke lenbah maksiat.

     Bila direnung-renung mengapa hal ini boleh terjadi, maka jelaslah wanita-wanita atau gadis-gadis yang bertudung pada hari ini jahil mengenai tujuan dan peranan memakai tudung. Ramai wanita yang memakai tudung hari ini kerana terikut-ikut dengan suasana. Mereka lihat adik-beradik, teman sekolah, teman pejabat atau jiran mereka telah ramai memakai tudung, maka timbul rasa malu kerana mereka sahaja yang tidak memakai tudung. Lantaran itu, mereka mengambil keputusan untuk memakai tudung, walaupun hati mereka tidak berapa menyetujuinya

     Kini masyarakat telah menerima wanita yang memakai tudung. Ujian sudah tidak besar seperti dahulu. Kadang kala orang lelaki yang hendak berkahwin pun memberi syarat, wanita yang hendak dikahwininya mestilah bertudung.

Sesetengahnya apabila mereka melihat wanita lain memakai tudung lebih cantik dan manis, mereka pun hendak memakainya, tanpa mengetahui tentang ilmunya. Ada juga yang terpaksa memakai tudung kerana desakan keluarga atau suami.Ada yang mahu menjadikan tudung sebagai fesyen. Sekejap pakai, sekejap tak pakai. Lantaran itulah nilai orang yang bertudung pada hari ini sudah menurun. 

Thursday, 2 October 2014

Couple Islamik

(matlamat tidak menghalalkan cara)

Dia         : Assalamualaikum.
Saya       : Waalaikummussalam.
Dia         : Boleh  saya ambil masa awak sekejap ?
Saya       : Boleh, silakan.
Dia         : Erm… Sebenarnya saya dah lama perhatikan awak. Awak seorang 
                  yang solehah. Tingkah laku awak sangat baik dan terjaga. Akhlak 
                  awak mulia dan indah dijadikan tauladan. Saya sangat kagum 
                  dengan awak.
Saya       : Yang baik itu datang daripada Allah S.W.T (senyum)
Dia         : Izinkan saya berterus-terang terhadap awak.
Saya       : ya ? (mengangguk kehairanan)
Dia         : Sudi tak sekirannya awak menjadi kekasih hati saya ?
Saya       : Erm.. Saya nak menjadi kekasih halal awak.
Dia         : Insya Allah.. Tp buat sementara ini tak lagi kerana saya belum 
                  bersedia dan tidak mempunyai ekonomi yang stabil.
Saya       : Kalau macam tu kenapa nak saya jadi kekasih hati awak ?
Dia         : Saya ingin berkenal-kenalan dengan awak terlebih dahulu, 
                  mengenal hati budi dan cara awak dengan lebih mendalam.
Saya       : Bukankah perkara ini boleh menjerumuskan kita ke lembah 
                  maksiat ?
Dia         : Maksud awak ?
Saya       : Maksud saya dengan hubungan yang tidak halal ini. Mesej-mesej 
                  yang tidak sepatutunya, atau mungkin perbuatan atau perkara 
                  yang melalaikan.
Dia         : Err.. Jangan la risau, kita hanya berbicara soal-soal agama, 
                  perkara-perkara yang islamik dan tidak melalaikan serta yang 
                  boleh mendekatkan diri dengan Allah. Semua ini pasti mampu 
                  menggapai redha Allah. Insya Allah.
Saya       : Bagaimana mungkin mendapat redha Allah sekirannya 
   permulaan caranya pun bukan dengan cara yang betul. Awak 
   yakin dengan semua tu Allah akan redha dengan kita ?(senyum)
Dia         : Erm… (tertunduk malu)
Saya       : Sebelum adanya akad, semua perkara itu tak boleh menjamin 
   redha Allah. Saya pasti niat awak baik, tapi semua ni salah.
Dia         : Erm, tapi saya ikhlas. Lagipun kita nak buat benda yang baik.
Saya       : Matlamat tak menghalalkan cara. (senyum)
Dia         : Maksudnya ?
Saya       : Awak rasa betul tak tindakan seorang ayah yang mencuri 
   makanan untuk anaknya dengan alasan anaknya lapar ?
Dia         : kalau ikutkan memang salah (teragak-agak) kejap, maksud awak…
Saya       : iye. (mengangguk) Saya minta diri dulu ye. Assalamualaikum. 
   (berlalu pergi dengan senyuman)            

Friday, 13 June 2014

Bintang Syurga Yang Dirindui



Saat yang lain sedang sibuk dengan urusan masing-masing, beliau juga turut menyibukkan diri dengan bidang yang diminatinya, Sejarah. mengkaji ketamadunan dan kekayaan sejarah bangsa Turki sudah menjadi rutin hariannya sebagai pelajar tahun kedua dalam bidang sejarah di Universiti Marmara Istanbul.

Matlamatnya ingin berdakwah ke setiap negara melalui kefahamannya berdasarkan Risalah An Nur serta mengkaji sejarah negara tersebut. semua ini demi mencapai suatu cita-cita mulia iaitu sebagai 'sejarawan perantau' yang jati diri dan intelektualnya adalah Islam.

                               *********************

Aktiviti hariannya padat diisi dengan program-program kemanusiaan sama ada di dalam atau luar negara. Turki, Indonesia, bahkan Syria menjadi bukti sumbangannya yang terlalu banyak kepada agama dan ummah.


Sungguh, keazaman yang tinggi cukup memotivasikan insan di sekelilingnya. namun, keazaman yang tinggi ini jua lah yang menjadikan dirinya seorang 'syahid' lantas mencetuskan sebuah sejarah yang baru.

                                *********************

Baginya, tiada yang diinginkan selain sebuah syahid dan tiada yang diperlukannya melainkan redha Allah swt.

"perlu ada keredhaan Allah dalam amalan kalian. sekirannya Allah redha sedangkan seluruh makhluk menolak, maka ia tidak akan memberi apa-apa kesan pun, kerana itu lah, sepatutnya hanya redha Allah semata-mata yang menjadi tujuan utama dalam khidmat dakwah ini"

Pemergianmu telah membuka mata hati ramai insan di luar sana. sungguh, perancangan Allah sangat sempurna. matimu saat ingin menyampaikan dakwah kepada masyarakat. semoga Allah mengurniakan syahid bagimu duhai bintang syurga :')


#Ahmad Ammar Ahmad Azam (1993-2013)

                                            ************************

Beliau meninggal sewaktu ingin menyampaikan dakwah kpd masyarakat. kita macam mna ? apa mati saat ber'fb' atau sedang asyik dengan permainan atau mgkin swaktu bergelak ketawa dengan kawan ?

nau'zubillahi min zalik. hanya Allah shja yg tahu...

#mulai saat ini, jom kta sma2 perbaharui niat utk menjadi individu Muslim yg sebenar dan cemerlang serta mampu memberi sumbangan kpd agama dan masyarakat...insya Allah :) 

Wednesday, 12 June 2013

Penawar Duka Pengubat Sengsara

Bismillahirrahmanirrahim...

Dalam jantung hati, ade kserabutan yg tak dpt dibersihkn melainkn dgn mnghadap Allah. Pdnya ade ksunyian yg tak dpt dihilangkn melainkn perdampingan dgn Allah. Pdnya ade dukacita yg tak dpt ditanggalkn kecuali dgn kegembiraan mengenali Allah dan ketulusan brhubungan dgnNya.

Pdnya ade kgusaran yg tak dpt ditenangkn melainkn bersama Allah dan kembali kpdNya. Pdnya ade api kedukaan yg tak dpt dipadamkn melainkn redha dgn perintah, larangan dan ketentuan Allah.

Menghayati kesabaran sehingga bertemu dgnNya. Pdnya ade kefakiran yg tak dpt ditampung kecuali dgn cinta dan penyerahan diri kpd Allah…

# Al Imam Ibn Qayyim Al Jauziyyah

Penawar bg segala kesusahan dan kedukaan hanyalah kembali kpd Allah. Itulah penawar yg paling mujarab..Insya Allah… :)

Urus Fitrah Jgn Sampai Jd Fitnah



Bismillahirrahmanirrahim…

Fitrah insan inginkn bahagia. Fitrah insan inginkn kasih sayang. Fitrah insan juga inginkn pasangan hidup. Mmg tidak boleh dinafikan smua ini. Hakikatnya, sifat smulajadi yg sukar ditafsir ini menuntut segala-galanya bg memenuhi kperluan dan kemahuan insani.

Namun, utk mndapatkn kperluan dan kemahuan tersebut, cara yg dgunakn haruslah bertepatan serta selari dgn fitrah dan hukum yg telah Allah Taala tetapkn. Dengan kte mudah, fitrah insani ini seharusnya dmiliki dgn cara yg mulia bknnya hina.

Umpamanya cinta. Cinta kpd Allah. Cinta kpd Rasul. Cinta kpd manusia. Dlm kes ini, nurul ingin sentuh mngenai cinta sesama manusia atau lebih tepat cinta kpd psangan. Cinta antara lain jantina. Siapa yg tidak mahu cinta? Siapa yg tidak mahu bercinta? Perasaan ini adalah fitrah yg tidak boleh lari dari jiwa manusia. Namun, adakah cinta ini diuruskan brlandaskn syariat Allah? Adakah cinta ini dilaksanakn mnurut hukum yg telah Allah tetapkn? Adakah Allah redha dgn cara kte utk mndapatkn cinta tersebut? Tepuk dada tnya iman?

Kte inginkn pngakhiran yg bahagia, mka pastikn  permulaannya dimulai dgn bahagia. Kte inginkn cinta sejati yg setia, mka pastikn setiakn diri kte terlebih dahulu. Kte inginkn pasangan yg soleh/solehah, mka soleh/solehahkn diri kte dahulu. Kte inginkn cinta yg terbina atas dasar yg mulia, mka pastikn kte tidak mnghampiri larangan yg boleh mnjadikn teras tersebut hina. Kte inginkn cinta yg dredhai Allah, mka pastikn juga cara kte mndapatkn cinta tersebut dgn cara yg diredhai Allah.

Konklusinya, fitrah manusia mmg tidak boleh dinafikn. Fitrah yg asalnya mulia jika tidak dicorakkn dgn cara yg betul dan sempurna, mka ia mudah mnjadi fitnah yg hina. Oleh  itu, coraklah ia, uruslah ia dgn landasan dan hukum yg telah ditetapkn oleh Allah S.W.T.

**Andainya inginkan yg TERBAIK, maka usahalah ia dgn cara yg TERBAIK, maka percayalah hasilnya juga adalah yg TERBAIK…Insya Allah ^-^

Tuesday, 21 May 2013

Layak Ke Kite?


Bismillahirrahmanirrahim…

Subhanallah, susahnya kte nk brsangka baik(husnudzon) dgn manusia kn. Walhal dgn saudara seIslam sendiri. Susahnya kte nk brkongsi sedikit kebaikan dgn manusia kn. Susahnya kte nk mnganggap sdikit kesalahannya itu sebagai kkurangan yg telah Allah tetapkn…kn3
Ya Allah, susahnya ble Iman didahului Nafsu…

Masya Allah, mudahnya kte nk brsangka buruk(su'udzon) dgn manusia kn, pdahal darah kte same(Islam). Mudahnya kte ble bab mnyebarkn keburukan manusia kn. Lagi mudah blemane kte mnganggap sdikit kkurangan atau kburukan itu ssuatu yg kekal, nyata dan hina utk dpandang tanpa mmikirkn dari perspektif yg brbeza…kn3
Ya Allah, mudahnya ble fikiran 'negatif'  mndahului 'positif'…

Sungguh, betul ni, tak tipu, jujur dari hati nurani, Nurul sedih+kecewa+hampa blemane melihat mangsa penghakiman manusia yg brfikiran sebegini. Dan suka mng’judge’(maaf, manglish sket) manusia brdasarkan mata kepala dan bukannya mata hati.

Layak ke kte utk menghakimi baik buruk sseorang hanya brdasarkn pandangan lemah seorang insan? Layak ke kte utk melabel baik buruk sseorang dgn segala kkurangan dan kelebihan yg ade pd diri mreka? Layak ke kte?

Allahuakbar…

Kalau benar dia salah, tak perlu mngumpat, mnghina, mncaci atau mngeji atau melakukan ssuatu yg mnyakitkan hati dia. Kan lebih baik kalau kte tegur dia,, pegang tangan dia dan bawa dia kembali ke jalan yg benar. Bimbing dia dgn cara yg baik, cara yg berhikmah dan diredhai Allah.
Subhanallah, kan lebih mulia kalau mcm ni…


¤¤ Indahnya hidup andai manusia lebih mmilih utk mnghormati dan mnghargai daripada mncaci dan mngeji ^_^