Friday, 24 October 2014

Tudung Oh Tudung

Awal 90-an, bilangan orang bertudung semakin ramai. Di mana-mana sahaja wanita yang bertudung akan kelihatan. Sama ada di kilang, di sekolah, di stesen bas, di pejabat, di universiti dan di politeknik, beberapa pengacara televisyen dan radio pun sudah memakai tudung.Alhamdulillah, tetapi…..

Tetapi yang menyedihkan, kalau dahulu wanita bertudung tidak akan ditemui di taman-taman bunga, di tempat-tempat hiburan,berpegangan tangan dengan teman lelaki, di panggung wayang. Tetapi kini dengan mudah kita boleh jumpa wanita bertudung berpeleseran dengan teman lelaki di tempat-tempat sedemikian.

Kalau dahulu juga, wanita bertudung bersih mukanya daripada calaran alat-alat make up. Tetapi kini, wanita bertudung mukanya seperti buku warna. Pelbagai warna dan jenis make up yang dilakarkan pada muka tersebut. Dengan corak dan seni yang menakjubkan, terkadang membuatkan saya kagum dengan kepantasan dan kekreatifan masyarakat kita.

Tudung pula tidak ketinggalan dihanyut arus modenisasi yang mana ianya semakin berwarna warni dan mengikut fesyen terkini. Ada yang pendek, ada yang panjang, ada yang bersimpul, ada yang berenda dan ada juga yang berlilit bagai sehingga tak mampu diungkap dengan kata-kata. Sungguh hati ini tidak menafikan kehebatan mereka dalam berfesyen walaupun terkadang hal itu sukar tercapai di akal.

Namun siapa sangka di sebalik lilitan dan belitan tudung yang mengagumkan itu, ada sesetengah fesyen tudung yang tidak mampu menutup aurat wanita dengan sempurna mengikut syariat. Ada yang nak terlondeh, ada yang labuh di depan tapi singkat di belakang, ada yang jarang sehingga menampakkan bentuk telinga dan seumpamanya dan tak kurang juga yang dibiarkan terbuka sehingga mudahnya tercabut dek angin lembut yang membelai. Antara hendak tutup dengan hendak buka. Err..

 Akhlak dan tutur katanya kasar, malah kadang kala lebih buruk daripada mereka yang tidak memakai tudung atau buka aurat. Sesetengahnya bertudung tetapi tidak sembahyang. Imej wanita bertudung telah tercemar dengan wanita yang menjadikan tudung  sebagai fesyen atau terpaksa pakai kerana mengikut peraturan. Dulu, wanita yang bertudung akan dilabel sebagai perempuan yang baik-baik, tetapi sekarang tak lagi.

Kalau dahulu apabila wanita itu bertudung, automatik dia akan malu untuk ke panggung wayang, malu untuk berasmara, malu untuk ke tempat hiburan dan sebagainya. Tetapi kini tudung sudah tidak mempunyai peranan untuk mencegah manusia dari terjerumus ke lenbah maksiat.

     Bila direnung-renung mengapa hal ini boleh terjadi, maka jelaslah wanita-wanita atau gadis-gadis yang bertudung pada hari ini jahil mengenai tujuan dan peranan memakai tudung. Ramai wanita yang memakai tudung hari ini kerana terikut-ikut dengan suasana. Mereka lihat adik-beradik, teman sekolah, teman pejabat atau jiran mereka telah ramai memakai tudung, maka timbul rasa malu kerana mereka sahaja yang tidak memakai tudung. Lantaran itu, mereka mengambil keputusan untuk memakai tudung, walaupun hati mereka tidak berapa menyetujuinya

     Kini masyarakat telah menerima wanita yang memakai tudung. Ujian sudah tidak besar seperti dahulu. Kadang kala orang lelaki yang hendak berkahwin pun memberi syarat, wanita yang hendak dikahwininya mestilah bertudung.

Sesetengahnya apabila mereka melihat wanita lain memakai tudung lebih cantik dan manis, mereka pun hendak memakainya, tanpa mengetahui tentang ilmunya. Ada juga yang terpaksa memakai tudung kerana desakan keluarga atau suami.Ada yang mahu menjadikan tudung sebagai fesyen. Sekejap pakai, sekejap tak pakai. Lantaran itulah nilai orang yang bertudung pada hari ini sudah menurun. 

Thursday, 2 October 2014

Couple Islamik

(matlamat tidak menghalalkan cara)

Dia         : Assalamualaikum.
Saya       : Waalaikummussalam.
Dia         : Boleh  saya ambil masa awak sekejap ?
Saya       : Boleh, silakan.
Dia         : Erm… Sebenarnya saya dah lama perhatikan awak. Awak seorang 
                  yang solehah. Tingkah laku awak sangat baik dan terjaga. Akhlak 
                  awak mulia dan indah dijadikan tauladan. Saya sangat kagum 
                  dengan awak.
Saya       : Yang baik itu datang daripada Allah S.W.T (senyum)
Dia         : Izinkan saya berterus-terang terhadap awak.
Saya       : ya ? (mengangguk kehairanan)
Dia         : Sudi tak sekirannya awak menjadi kekasih hati saya ?
Saya       : Erm.. Saya nak menjadi kekasih halal awak.
Dia         : Insya Allah.. Tp buat sementara ini tak lagi kerana saya belum 
                  bersedia dan tidak mempunyai ekonomi yang stabil.
Saya       : Kalau macam tu kenapa nak saya jadi kekasih hati awak ?
Dia         : Saya ingin berkenal-kenalan dengan awak terlebih dahulu, 
                  mengenal hati budi dan cara awak dengan lebih mendalam.
Saya       : Bukankah perkara ini boleh menjerumuskan kita ke lembah 
                  maksiat ?
Dia         : Maksud awak ?
Saya       : Maksud saya dengan hubungan yang tidak halal ini. Mesej-mesej 
                  yang tidak sepatutunya, atau mungkin perbuatan atau perkara 
                  yang melalaikan.
Dia         : Err.. Jangan la risau, kita hanya berbicara soal-soal agama, 
                  perkara-perkara yang islamik dan tidak melalaikan serta yang 
                  boleh mendekatkan diri dengan Allah. Semua ini pasti mampu 
                  menggapai redha Allah. Insya Allah.
Saya       : Bagaimana mungkin mendapat redha Allah sekirannya 
   permulaan caranya pun bukan dengan cara yang betul. Awak 
   yakin dengan semua tu Allah akan redha dengan kita ?(senyum)
Dia         : Erm… (tertunduk malu)
Saya       : Sebelum adanya akad, semua perkara itu tak boleh menjamin 
   redha Allah. Saya pasti niat awak baik, tapi semua ni salah.
Dia         : Erm, tapi saya ikhlas. Lagipun kita nak buat benda yang baik.
Saya       : Matlamat tak menghalalkan cara. (senyum)
Dia         : Maksudnya ?
Saya       : Awak rasa betul tak tindakan seorang ayah yang mencuri 
   makanan untuk anaknya dengan alasan anaknya lapar ?
Dia         : kalau ikutkan memang salah (teragak-agak) kejap, maksud awak…
Saya       : iye. (mengangguk) Saya minta diri dulu ye. Assalamualaikum. 
   (berlalu pergi dengan senyuman)