(Ku Simpan Cnta Ini Hanya Untukmu)
Dia : kenapa tak nak
‘couple’ ?
Aku : saya tak nak berkongsi
cinta dengan orang lain
Dia : maksud awak ?
Aku : saya nak simpan cinta
ini hanya untuk kekasih halal saya.
Dia : bakal suami ?
(kehairanan)
Aku : ha’a...(senyum)
Dia : alaa tapi kan masa ‘couple’ ni kita
main-main je. Nak nikah nanti baru lah serius.
Aku : oh jadi awak ‘couple’ sekarang ni cuma
main-main je la ea ?
Dia : erm...iye la (teragak-agak)
Aku : kalau macam tu kesian la kat lelaki tu
nanti.
Dia : ah, buat apa nak kesian kat mereka.
Awak tahu tak semua lelaki ni main-main je, tak pernah nak serius dalam
hubungan, tak setia. Kita yang patut dikesiankan tau. (mencebik muka)
Aku : err...kalau macam tu apa tujuan awak
‘couple’ sebenarnya ? =,=(kehairanan)
Dia : erk...
**ketuk kepala**
Aku : (senyum) awak tahu tak, sebenarnya semua
bermula daripada diri kita sendiri tau.
Dia : maksud awak apa ?
Aku : macam ni, biar saya bagi contoh.
Bayangkan suatu hari nanti awak akan berkahwin dan akan ada suami. Andai kata suami
awak suka dan selalu mesej atau ‘contact’ perempuan lain. Awak rasa awak boleh
terima tak dia buat macam tu ?
Dia : mesti lah tak boleh ! dia ‘contact’
perempuan lain, saya bagi ni (tunjuk buku lima)
**adehh..!!**
Aku : (gelak kecil) haa...mesti awak tak bagi
kan. Jadi, sebelum terjadinya perkara yang macam tu, kita mesti lah membentuk
peribadi kita terlebih dahulu.
Dia : erm...macam mana tu ?
Aku : (senyum) dalam Al Quran, Allah SWT ada
berfirman, “perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk
perempuan yang baik. Surah An Nur ayat. Mesti dah biasa dengar kan ?
Dia : erm...(angguk perlahan)
Aku : nak pasangan yang baik, baikkan la diri
kita dahulu. Nak yang setia, setiakan la diri kita terlebih dahulu. Nak yang
soleh, solehkan diri kita dahulu. Dan yang penting sekali, nak yang tak suka
main-main, kita pun jangan la main-main juga kan. Betul tak ?
Dia : ohh...saya faham dah. Jadi sebab tu la
awak tak ‘couple’ dan tak nak ‘couple’ kan ? awak nak yang baik sebab tu awak
cuba untuk baikkan diri awak kan. Betul tak ?
Aku : iye pandai pun (senyum) saya sedang
berusaha untuk solehahkan diri saya dengan harapan dia pun sedang solehkan diri
dia. Saya belajar setia dengan harapan dia pun sedang melakukan hal yang sama
untuk saya. Mudah-mudahan.
Dia : tapi kalau misalnya kita dah jadi baik
tapi tiba-tiba dapat yang tak baik juga macam mana ? dapat yang mat rempit ke,
jenis kaki perempuan ke, tak pun penagih dadah..err (geleng kepala)
**erkk...**
Aku : haa...dalam kita berusaha secara luaran
untuk jadi baik, dalaman pun kita mesti jadi baik juga.
Dia : maksud awak kena jaga hati ?
Aku : ha’a... (menangguk) dalam setiap yang
kita usahakan, jangan lupa untuk sentiasa bersangka baik dengan Allah. Setiap
apa yang Allah bagi, kita kena fikirkan hikmah atau kebaikan yang terselit.
Jangan mudah salah sangka, berfikir yang Allah akan bagi kita pasangan yang tak
baik contohnya. Ada satu hadith qudsi yang mana lebih kurang macam ni, “Aku
mengikut sangkaan hambaKu terhadapKu”. Jadi kita kena la sentiasa ‘husnudzon’
yakni bersangka baik dengan Allah.
Dia : oh macam tu ye...(mengangguk perlahan)
Aku : (senyum)
**gudgirl..!!**
Dia : haa...satu lagi. Kalau orang yang baik
macam tu dah tak ada kat dunia ni macam mana ? maklum lah sekarang ni kan dunia
akhir zaman. Bukan senang tau nak jumpa yang macam tu.
Aku : sesungguhnya Allah menciptakan manusia
itu berpasang-pasangan. Saya yakin dengan Allah.
Dia : erm...insya Allah...
Aku : cinta saya esklusif untuk suami saya
sahaja. Sayang saya hanya untuk dia. Selamanya tak akan saya kongsi perasaan
ini dengan orang lain. (senyum)
Dia : saya pun nak juga la macam awak !
Aku : (gelak kecil) jom !
Dia : jom ! (senyum teruja)
" Good things come to those who want it "
# so, nak Miss Solehah, jadi la Mr Soleh dulu..awak pun sama Miss Solehah, nak Mr Soleh, jd Solehah duluan yaa... ^-^
<3 wish to meet you soon Mr Unknown :)