Friday, 13 June 2014

Bintang Syurga Yang Dirindui



Saat yang lain sedang sibuk dengan urusan masing-masing, beliau juga turut menyibukkan diri dengan bidang yang diminatinya, Sejarah. mengkaji ketamadunan dan kekayaan sejarah bangsa Turki sudah menjadi rutin hariannya sebagai pelajar tahun kedua dalam bidang sejarah di Universiti Marmara Istanbul.

Matlamatnya ingin berdakwah ke setiap negara melalui kefahamannya berdasarkan Risalah An Nur serta mengkaji sejarah negara tersebut. semua ini demi mencapai suatu cita-cita mulia iaitu sebagai 'sejarawan perantau' yang jati diri dan intelektualnya adalah Islam.

                               *********************

Aktiviti hariannya padat diisi dengan program-program kemanusiaan sama ada di dalam atau luar negara. Turki, Indonesia, bahkan Syria menjadi bukti sumbangannya yang terlalu banyak kepada agama dan ummah.


Sungguh, keazaman yang tinggi cukup memotivasikan insan di sekelilingnya. namun, keazaman yang tinggi ini jua lah yang menjadikan dirinya seorang 'syahid' lantas mencetuskan sebuah sejarah yang baru.

                                *********************

Baginya, tiada yang diinginkan selain sebuah syahid dan tiada yang diperlukannya melainkan redha Allah swt.

"perlu ada keredhaan Allah dalam amalan kalian. sekirannya Allah redha sedangkan seluruh makhluk menolak, maka ia tidak akan memberi apa-apa kesan pun, kerana itu lah, sepatutnya hanya redha Allah semata-mata yang menjadi tujuan utama dalam khidmat dakwah ini"

Pemergianmu telah membuka mata hati ramai insan di luar sana. sungguh, perancangan Allah sangat sempurna. matimu saat ingin menyampaikan dakwah kepada masyarakat. semoga Allah mengurniakan syahid bagimu duhai bintang syurga :')


#Ahmad Ammar Ahmad Azam (1993-2013)

                                            ************************

Beliau meninggal sewaktu ingin menyampaikan dakwah kpd masyarakat. kita macam mna ? apa mati saat ber'fb' atau sedang asyik dengan permainan atau mgkin swaktu bergelak ketawa dengan kawan ?

nau'zubillahi min zalik. hanya Allah shja yg tahu...

#mulai saat ini, jom kta sma2 perbaharui niat utk menjadi individu Muslim yg sebenar dan cemerlang serta mampu memberi sumbangan kpd agama dan masyarakat...insya Allah :)